Sunday, 17 January 2016

Apakah persediaan sebelum bersara?



Mahu atau tidak, kita semua akan bersara satu hari nanti. Tetapi adakah anda telah bersedia daripada segi kewangan untuk bersara? Kebanyakan orang bergantung sepenuhnya kepada faedah persaraan (retirement benefits) yang diperolehi untuk menampung hidup selepas bersara. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2007, jangka hayat penduduk Malaysia dianggarkan selama 76.4 tahun untuk perempuan manakala 71.9 tahun untuk lelaki. Oleh sebab jangka hayat manusia yang semakin meningkat, persoalan yang mungkin timbul ialah adakah wang yang dikumpulkan untuk tujuan persaraan atau pencen mencukupi untuk menampung tahap kualiti kehidupan yang diinginkan, ditambah pula dengan meningkatnya kos perubatan serta sara hidup. Oleh itu, sama ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 atau lebih awal lagi, apa yang penting adalah lengkapkan diri anda dengan perancangan kewangan yang dapat menjamin kehidupan yang memuaskan serta bebas dari bebanan hutang setelah bersara.

Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara?

Soalan ini kerap bermain di fikiran orang ramai apabila membincangkan isu persaraan. Namun, tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini kerana ianya banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap kesihatan dan juga keadaan seseorang itu selepas bersara. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda dari segi kewangan sebelum bersara:

Langkah1: Tetapkan keperluan kewangan anda

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menilai keperluan kewangan anda. Setelah bersara, perbelanjaan seperti pakaian ke pejabat, kos pengangkutan/perjalanan ke tempat kerja, makanan dan sebagainya sudah tiada lagi. Walau bagaimanapun, perbelanjaan lain, contohnya kos perubatan, insuran dan lain-lain lagi mungkin akan meningkat. Secara amnya, keperluan perbelanjaan seorang pesara itu dianggarkan dalam lingkungan 75% hingga 80% keperluannya ketika masih bekerja.

Berdasarkan keperluan ini, anda perlu membuat penyelarasan yang sesuai dengan mengambil kira situasi unik anda seperti kos pendidikan anak-anak dan pembayaran pinjaman perumahan untuk menganggarkan perbelanjaan bulanan yang perlu ditampung. Selain perbelanjaan tetap yang dikenakan, anda juga perlu mengambil kira jika terdapat kemungkinan yang gaya hidup anda akan berubah. Jika anda berhajat untuk mengembara, bercuti, ataupun mempunyai hobi-hobi lain yang melibatkan wang, anda perlu mengambil kira kos-kos ini ketika membuat perancangan persaraan.

Langkah 2: Menilai status semasa

Setelah menetapkan keperluan kewangan, langkah seterusnya ialah menilai kedudukan kewangan semasa dan membuat pelan untuk menampung keperluan persaraan kelak. Di sini, anda perlu memberi perhatian kepada portfolio pelaburan yang merangkumi simpanan tambahan serta pendapatan anda. Senaraikan juga kesemua komitmen kewangan yang perlu dijelaskan. Sekiranya anda masih bekerja, anggarkan jumlah wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen yang bakal anda terima.

Langkah 3: Mengira wang yang diperlukan
Setelah selesai mengumpulkan kesemua maklumat di atas, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perancang kewangan ataupun mana-mana laman web yang menyiarkan artikel-artikel mengenai perancangan persaraan yang boleh anda contohi dalam usaha untuk menyiapkan diri daripada segi kewangan sebelum bersara. Ini penting untuk menilai sama ada wang anda sekarang mencukupi atau tidak untuk memenuhi keperluan persaraan kelak. Jika jawapannya tidak, sekurang-kurangnya, anda boleh mengira berapa banyak lagi wang yang diperlukan. Sebagai contoh, keperluan tahunan Ali ialah RM50,000 (lebih kurang RM4,000 sebulan). Dia menganggarkan bahawa wang simpanan persaraannya akan menjana pulangan sebanyak 7% setiap tahun. Oleh itu, Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanannya untuk menampung perbelanjaan persaraannya.

Langkah 4: Berdisiplin dalam Merancang Kewangan
Untuk mengekalkan kuasa beli wang anda, pastikan ia berkembang sekurang-kurangnya pada kadar yang sama dengan kadar inflasi untuk mengimbangi kesan negatif inflasi. Ini berdasarkan kepada andaian bahawa anda ingin mengekalkan wang simpanan persaraan sepanjang hidup dan menyimpan amaun prinsipal untuk anak-anak anda. Sebaliknya, jika anda tidak keberatan untuk membelanjakan wang persaraan anda, jumlah wang yang diperlukan pastinya lebih kecil. Namun, dalam masa yang sama, berhati-hati dalam merancang kewangan anda. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang sewenang-wenangnya dan pastikan ianya mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat anda.

Disamping itu juga, anda mungkin mahu mengambilkira kesan kuasa pengkompaunan kerana lebih awal anda memulakan pelan simpanan persaraan, maka lebih mudahlah anda mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan. Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberikan komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan anda dengan cara yang sepatutnya. Semakin hampir kepada umur persaraan, maka semakin rendahlah risiko yang perlu diambil. Oleh itu, elakkan daripada mengambil risiko yang tinggi hanya kerana anda kini dalam peringkat pertengahan umur dan baru mula untuk merancang wang yang diperlukan. Jika anda mengalami situasi ini, dapatkan nasihat profesional yang berlesen. Akhir kata, berbelanjalah mengikut keperluan dan cuba maksimumkan simpanan anda untuk waktu persaraan.

Apa tunggu lagi? Mulakan pelan persaraan anda sekarang!

Apakah persediaan kewangan membeli kereta pertama?




Sebelum anda buat keputusan untuk beli kereta, ada baiknya pertimbangkan dulu beberapa aspek penting. Sama ada dari sudut positif mahupun negatif. Anda perlulah buat sikit kajian dulu mengenai model kereta yang bakal dibeli kelak.

Bagi mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang kurang berbaloi, saya akan share 7 tip yang perlu diambilkira sebelum membeli kereta.


1. Kenalpasti tujuan asal

Apa sebabnya anda nak beli kereta? Sama ada untuk kegunaan keluarga ataupun memudahkan anda ke tempat kerja ataupun sekadar menunjuk-nunjuk?

--- Ataupun kedua-duanya sekali.

Kemudian, anggarkan berapa jarak perjalanan dalam sehari. Iaitu perjalanan pergi-balik.

Daripada jawapan di atas, anda dah boleh senaraikan beberapa jenis kereta yang sesuai dan mampu milik. Lagi bagus kalau anda dapatkan brochure. Ini memudahkan anda membuat perbandingan. Analisis apa kelebihan dan juga kekurangan setiap jenis kereta.


2. Tentukan belanjawan berkaitan

Bila dah puas memilih, anda perlu senaraikan dan rancang belanjawan untuk kereta tersebut.

Perbelanjaan ni semestinya merangkumi bayaran bulanan, penggunaan petrol, servis, alat ganti, insurans dll.

Satu tip untuk membayar ansuran bulanan adalah jumlah bayaran tu mestilah tidak melebihi 1/3 pendapatan bulanan anda. Maksudnya kalau gaji anda RM1890/bulan, bayaran ansuran tak lebih daripada RM630.

Kalau kurang daripada tu, lagi bagus. Anda boleh simpan dan gunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang tak diduga.


3. Jangan lupakan perbelanjaan petrol

Perbelanjaan petrol adalah seperkara yang mesti anda masukkan dalam belanjawan ni. Walaupun kenaikanharga minyak dijangka turun lagi. : )

Bagaimana kadar penggunaan petrol sesebuah kereta tu. Begitu juga dengan tahap penggunaannya. Adakah ia lebih menjimatkan atau sebaliknya.


Cuba anda amik contoh dua jenis kereta yang berlainan. Iaitu kereta A dan Z.

Katakan kereta A lebih murah daripada kereta Z. Namun begitu, penggunaan minyak kereta Z pula lebih menjimatkan. Jadi anda harus meneliti sedalam-dalamnya hal ni. Biasanya, kos penggunaan petrol adalah melebihi 50% bayaran ansuran bulanan kereta.

Nanti anda boleh aggarkan dengan mengambilkira jarak perjalan dalam sebulan skali. Kira jangan tak kira. :p

Anda tentunya pernah dengar yang kereta auto lebih baik digunakan kat area bandar. Tapi, satu fakta yang perlu ada tahu adalah kereta auto lebih kuat pakai minyak berbanding dengan kereta manual.

Apakah persediaan kewangan membeli rumah pertama?





Membeli rumah merupakan pengalaman pertama seumur hidup hampir kepada semua orang. Justeru itu, ianya bukannya suatu perkara yang mudah tetapi jika kita mengetahui tentang selok belok yang betul dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang sepatutnya sebelum membuat keputusan membeli, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah persiapan awal dan budget... apabila telah bersedia untuk membeli rumah. Ramai yang terkejut dengan kos yang terpaksa mereka tanggung setelah membayar duit cengkeram dan bersetuju untuk menempah sesebuah unit rumah. Ada yang masih kurang pasti kelayakan dan keperluan awal setelah membeli rumah. Pastikan Saudara baca persiapan awal dan budget yang perlu diketahui ini khusus untuk saudara yang menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan :-
  1. Deposit - walaupun Pinjaman Perumahan Kerajaan memberikan pembiayaan sehingga 100% berdasarkan kelayakan, sebaiknya pastikan saudara mempunyai budget 10% daripada harga rumah yang ingin dibeli sebagai deposit.  Sebagai contoh, jika harga rumah yang hendak dibeli adalah RM300,000 maka saudara perlu mempunyai budget RM30,000 untuk wang deposit 10% tersebut.  Jika ini merupakan pembelian pertama, maka anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda.
  2. Kos Guaman dan lain-lain - berdasarkan pengalaman PaKTeh, pembeli perlu menyediakan tambahan 5% daripada harga rumah untuk kos-kos berkaitan pembelian rumah dan urusan pinjaman seperti kos guaman, duti setem, urusan pinjaman dan sebagainya. Sebagai contoh, jika harga rumah yang hendak dibeli adalah RM300,000 maka saudara perlu mempunyai budget RM15,000 untuk kos tersebut sebanyak 5% tersebut. Kos ini dapat dikurangkan jika saudara  membuat pembelian rumah pertama kerana duti setem yang lebih rendah (berdasarkan Bajet 2011 duti setem hanya 50% untuk pembelian rumah  pertama). Jika tidak, saudara perlu mencari sumber lain seperti tabungan, pinjaman peribadi, keuntungan jual rumah yang lain dan sebagainya.
  3. Kes Bina Rumah - jika saudara ingin membina rumah sendiri maka saudara perlu mempertimbangkan budget perundingan dan perkhidmatan akitek sehingga pelan diluluskan anggaran 5% dari harga rumah. Kos arkitek 2%, C&S engineer 1% and M&E engineer 1%.. kalau ada QS campur laa lagi 1%.. So sekali lagi, jika bercadang untuk membina rumah RM300,000 maka kena tambah RM15,000 untuk urusan tersebut... boleh kan!
  4. Kelayakan Asas - perkara ini perlu difahami sebelum saudara membuat komitmen untuk membeli rumah dan seterusnya membuat permohonan pinjaman. Kelayakan asas bagi membolehkan membuat permohonan PPK adalah :
    • Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;
    • Warganegara Malaysia;
    • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan
    • Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.
  5. Kelayakan Pinjaman - ramai yang keliru berkaitan kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Terdapat 2 perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan :
    • Peraturan BPP : kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain).
    • Peraturan Jabatan : sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok+elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada di dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan saudara ada mengunapakai peraturan ini sebelum membeli rumah.
Jika saudara mendapati bahawa saudara telah melepasi syarat dan mempunyai budget yang diperlukan seperti yang telah dinyatakan di atas, saudara bolehlah terus ke langkah seterusnya untuk memiliki rumah iaitu memilih rumah.

Apakah persediaan kewangan ke universiti?

Semasa belajar di universiti, banyak benda perlu dibeli atau harus dibelanjakan. Sebenarnya, hampir 99% pelajar di universiti tidak pandai menguruskan kewangan mereka. 

Contohnya, apabila dapat duit banyak, belanja itu dan ini. Apabila duit tinggal sedikit barulah beli maggi je. Di sini saya menerangkan beberapa tips menguruskankewangan sewaktu di universiti, antaranya:

  1. Management is all about planning. Perancangan kewangan wajib ada untuk sebulan, semester dan setahun apabila anda mempunyai sumber pendapatan daripada PTPTN atau FAMA (father & mama)
  2. Beli buku terpakai untuk pembelajaran, beli dari pelajar senior dan minta half price. JIMAT!!
  3. Photostat buku rujukan. Kalau beli baru dalam rm80, kalau photostat baru RM30 camtu. JIMAT!!!
  4. Elak beli telephone canggih manggih sehingga RM1000 ke atas. Memadai sekadar smart phone yang berharga RM300-RM500.
  5. Elakkan mempunyai kenderaan seperti motor dan kereta. Jikalau perlu kerana rumah jauh dari universiti, memadai memiliki motor sahaja.
  6. Jangan sesekali mempunyai awek atau pakwe semasa di universiti. Kebiasaannya, kalau ada awek, mesti kene belanja punya. Da lah sesama dapat PTPTN, tapi bila jumpa dan makan bersama-sama, mesti pakwe kene belanja aweknya dan sebaliknya. POKAI!!! Kecuali mereka saling membantu antara sama lain, oklah.
  7. Bagi pinjaman duit kepada kawan. Jangan lebih daripada RM20. Kalau lebih, mesti budget bulanan anda lari.
  8. Jika anda tahu budget anda lari, belajarlah untuk membuat duit dengan cara berniaga atau bekerja secara part time di petrol station, restoran atau supermarket.
  9. Hadkan belanja untuk makan dan minum sehari tidak lebih RM10. Kalau dapat memasak di tempat tinggal, lagi bagus. Boleh jimat banyak.
  10. Jangan melabur duit dalam pelaburan yang tidak pasti generate keuntungan seperti menyertai MLM. Jika anda tidak ada skill untuk bercakap, lupakanlah MLM. Baik anda fokus pada study.
  11. Cari kawan yang kaya, tidak lupa solat 5 waktu dan tidak lokek ilmu. Insyaallah kawan anda boleh membantu anda dari segi kewangan jika anda terdesak.
JIka anda sedang kesempitan kewangan semasa di universiti, janganlah terus meminjam daripada kawan. Mintalah dari ibu bapa dahulu. Namun sebelum minta duit daripada ibu bapa, mintalah pertolongan daripada ALLAH, Ya Rahim, Ya Rahman, Ya Razzaq, Ya Basit, Ya Wahhab, Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Maniq.
Rezeki itu semuanya datang daripada tuhan. Oleh itu mintalah bantuan daripada-Nya jika anda mempunyai kesempitan kewangan.



Apakah persediaan kewangan menghadapi kelahiran cahaya mata baru?

Saya ingin kongsikan persediaan kewangan yang perlu bakal ibu dan ayah  lakukan sebagai persiapan untuk menyambut si comel yang sudah lama dinanti-nantikan.

Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan. Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai 
-barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, 
-pemilihan hospital swasta atau kerajaan, 
-penjagaan ibu selepas bersalin 
Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.